PAKEJ TOUR 2027
BEIJING
HARGA DARI
RM2,880
-
Hari Ke - 1
Berkumpul di KLIA & C/in penerbangan ke Brunei.
Tiba di Brunei dan sambung perjalanan ke Beijing.
Hari Ke - 2
Tiba di Beijing dan memulakan lawatan dengan mengunjungi Olympic Village untuk melihat ikon terkenal Bird’s Nest dan Water Cube.
Selepas makan tengahari dan daftar masuk hotel, anda akan melawat Masjid Songyu untuk solat, diikuti makan malam dan berehat di hotel.
Hari Ke - 3
Sarapan.
Selepas sarapan pagi, lawatan ke Dataran Tiananmen & Forbidden City, dua lokasi bersejarah paling terkenal di China.
Kemudian melawatan Masjid Niujie, sebelum
singgah di Muslim Supermarket untuk membeli makanan ringan. Seterusnya melawat Pusat Herba Cina.
Hari diakhiri dengan persembahan akrobatik yang menarik.
Hari Ke - 4
Memulakan hari dengan lawatan ke Tembok Besar China di seksyen Juyongguan, di mana anda boleh berjalan sambil menikmati pemandangan indah.
Selepas makan tengahari , melawat Baoshutang, sebuah kedai terkenal dengan krim bakarnya.
Kemudian bersiara-siar di Jalan Wangfujing.
Hari Ke - 5
Tarikan utama hari ini ialah Summer Palace yang indah, lawatan ke Kedai Jade, dan seterusnya ke Masjid Fayuan untuk solat.
Kemudian menikmati masa membeli -belah. di Pasar Hongqiao dan Jalan Xiushui.
Pada waktu malam, menikmati lawatan ke skrin LED terbesar di Asia.
Hari Ke - 6
Selepas sarapan pagi, daftar keluar hotel dan melawat Qianmen Walk Street serta Xiushui Street, diikuti menikmati pemandangan malam yang santai di sepanjang Sungai Liangma.
Seterusnya bertolak ke Lapangan terbang dan lawatan berakhir dengan kenangan manis.
*makan tengah hari dan makan malam atas perbelanjaan sendiri.
Hari Ke - 7
C/in penerbangan ke Brunei dan berlepas ke Brunei.
Tiba di Brunei , Percuma Brunei City Tour.
C/in penerbangan ke Kuala Lumpur, berlepas ke Kuala Lumpur.
Tiba di Kuala Lumpur.